Ahad, 6 Jun 2010

Semangat Baru.

Salam. Setelah membaca artikel terbaru daripada Srikandi dari blog mistisfile saya berasa bersemangat semula untuk menulis. Sebelum ini semangat saya semakin pudar kerana kebebalan dan kebabelan orang-orang Melayu sendiri. Apa yang paling menyedihkan saya ialah terdapat ramai orang Melayu yang telah terpengaruh dengan blog sejarahnegarakedah yang sangat menyimpang dari realiti sebenar. Blog ini cuba memperlekehkan kehebatan dan penglibatan bangsa Melayu dalam menyumbangkan ketamadunannya kepada dunia.




Blog ini seolah-olah mengatakan bahawa bangsa Melayu itu tidak wujud dan yang wujud hanya siam. Telah saya katakan sebelum ini bahawa saya telah mengikuti blog tersebut agak lama, malahan saya adalah pengikut yang terawal blog tersebut beberapa tahun dahulu dan saya masak benar dengan cara penulisan anai anai untuk kepentingan propaganda siam Ayuthianya.



Subhanallah… sesungguhnya fakta-fakta yang diberinya boleh menyebabkan orang yang tidak tahu sejarah akan terpedaya dan percaya seratus-peratus. Saya bercakap demikian kerana saya juga terpedaya dengan dakyah beliau hampir setahun. Namun berkat usaha membuat kaji selidik dan rujuk banding maka saya berjaya keluar. Saya pernah bertanyakan banyak soalan kepada beliau dan beliau menjawabnya dengan cara yang langsung tidak ilmiah dan tidak berfakta. Malahan saya pernah menjerat beliau dengan soalan palsu berserta fakta palsu yang saya buat-buat namun beliau mengiakan fakta palsu tersebut dan terus mengaitkannya dengan siam Ayuthia. Maka sejak dari itu saya telah bebas dari belenggu Sejarahnegarakedah.



Namun kesedihan dan kerunsingan tetap berlegar di dalam hati saya. Apakah nasib rakyat Malaysia terutamanya Melayu yang membaca blog yang ditulis beliau. Saya jadi takut bila memikirkannya. Hal ini kerana saya tahu bahawa beberapa orang besar kerajaan negeri adalah peminat setianya. Jika ada sokongan orang besar-besar maka publisiti mereka akan semakin meningkat. Maka ramailah pakcik-pakcik dan makcik-makcik serta pelajar yang akan terpedaya, tertipu dan terlena dengan dendangan sejarah realiti Kedah Pasai Ma. Ramai yang akan mengaku siam dan bukan Melayu kedah yang agung dan mempunyai tamadun sendiri di lembah bujang. Ramai yang akan merendah diri dan mengatakan bahawa bangsa Melayu hanya bangsa pinggiran dan ramai yang menjadi semakin buta dan tuli.



Saya selitkan di sini keratan daripada artikel yang di tulis srikandi dalam blog mistisfile untuk tatapan bersama bagi membuka mata dan minda kita bahawa bangsa Melayu bukan bangsa pinggiran dan bukan bangsa yang tiada tamadun. Malahan bangsa Melayu , tamadunnya melangkaui dunia Melayu itu sendiri. Artikel ini juga membuktikan bahawa bahasa Melayu adalah salah satu daripada bahasa elit yang tertua di Asia yang digunakan oleh bangsa Melayu. Dan istilah bangsa Melayu itu bukan dicipta oleh British atau Belanda tetapi telah wujud sejak beribu tahun lamanya.



Satu fakta yang memang tidak diketahui oleh Melayu Malaysia yang dungu;bahawa sejarah Srivijaya mereka cuba dipecahkan sekeping demi sekeping dan dituntut oleh pelbagai negara.Thailand mendakwa Srivijaya bermula di Ligor.Kemboja mendakwa Srivijaya adalah dinasti raja-raja Khmer dahulukala.Sarjana India mendakwa Srivijaya dimulakan oleh anak raja India atau orang-orang Malayalam,Indonesia mendakwa Srivijaya bermula di Palembang dan Siam Ayutthaya mendakwa Srivijaya dimulakan oleh keturunan mereka.Mengapa banyak orang cuba menuntut hak mereka ke atas Srivijaya?






INI KERANA SRIVIJAYA ADALAH SATU-SATUNYA EMPAYAR YANG PALING EFFEKTIF,YANG BENAR-BENAR ADA DALAM SEJARAH ASIA TENGGARA SETAKAT INI.






Srivijaya adalah satu-satunya kerajaan yang bertindak sebagai empayar yang memiliki sistem 'federation'.Maksudnya semua kerajaan dan tanah di Asia Tenggara tunduk dan bernaung di bawah raja-raja Melayu Srivijaya,untuk bersama-sama menyertai perdagangan maritim yang dibuka oleh Srivijaya.Bukan konsep imperialisme dari Barat.Tetapi konsep 'perdagangan maritim' yang benar-benar memeningkan ramai sarjana Eropah bagaimana orang Melayu boleh membina empayar bukan semutlaknya di atas penguasaan tentera dan peperangan tetapi lebih kepada hegemoni perdagangan dan prestij.






Mengapa paling effektif?Kerana budaya dan bahasa Malayo-Polinesian yang berkembang dari Madagaskar sehingga ke Kepulauan Pasifik,pelbagai prasasti dan batu bersurat,binaan candi-candi seperti Borobudur yang merupakan antara 'Wonders' di Asia Tenggara,catatan dan bukti dari sarjana asing,penggunaan bahasa Melayu sebagai lingua franca sehinggalah ke hari ini (Malaysia,Indonesia,Brunei) dan penguasaan wilayah oleh kaum-kaum Malayo-Polinesian adalah bukti paling nyata kewujudan empayar ini.Walaupun banyak bangsa dan negara cuba menuntut hak mereka terhadap Srivijaya,namun mereka tidak mampu menafikan hakikat paling penting ini.Apakah hakikat itu?






BAHAWA RAJA-RAJA SRIVIJAYA MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA MEREKA.






Raja-raja Srivijaya menuliskan dengan megah kerajaan mereka pada prasasti-prasasti dalam bahasa Melayu Tua.Jangan haraplah mereka mahu menggunakan bahasa Siam Ayutthaya kerana ketika itu nenek moyang raja Naresuan ataupun Traikolanat masih di alam arwah lagi dan bangsa mereka masih berada di Nanchao,Shan atau Yunnan.Tulisan Siam pun tiada lagi dan bahasa Thai pun mungkin masih tiada dan kaum-kaum di Shan dan Nanchao kemungkinan berbahasa Sino-Tibetan seperti Hokkien dan lain-lain.






Sebab itu 'pride' Kemelayuan itu masih ada setidak-tidaknya masih tertinggal pada raja-raja Melayu.

2 ulasan:

  1. Salam Saudara,

    Bagi saya fakta dan nama adalah penting dalam sejarah. Saya telah membaca tulisan srikandi di blog mistisfile.. merupakan "permulaan" yang bagus tetapi seperti biasa.. "hanging" berbanding sejarahnagarakedah yang lebih detail dalam menberikan nama-nama mereka yang terlibat serta peristiwa dan tempat. (*Saya bukan penyokong blog tersebut.)

    mari kita lihat apa akan jadi seterusnya atau kita boleh sama2 membongkar sejarah bangsa sendiri melalui bukti yang ada.

    BalasPadam
  2. Salam saudara khamal. ya, saya faham dan mengerti apa yang saudara maksudkan. Sememangnya blog sejarahnegarakedah itu banyak mengemukakan apa yang anda katakan sebagai fakta dan nama-nama mereka yang terlibat. Namun sudahkah saudara membuat cros-reference mengenai nama dan fakta yang dikemukakan beliau. Jika tidak cuba saudara lakukan dahulu. Saya bukanlah mengatakan bahawa blog mistisfile adalah benar 100%, malahan penulis blog mistisfile juga telah menyatakan awal-awal supaya membuat rujuk banding dan jangan percaya bulat-bulat. Ini adalah cara ilmiah dalam penulisan. Saya sebagai graduan sejarah telah diajar untuk mempersoalkan setiap buku sejarah malahan pensyarah kami sendiri kerana sejarah yang tertulis itu bukan absolute. Yang absolute hanyalah buku wahyu sahaja. Dan untuk pengetahuan anda juga, sebahagian besar daripada fakta yang dikemukakan anai-anai adalah tidak berasas dan hanya berpandukan interpretasinya sendiri bersama dengan seorang tua yang bernama Tuanku Nai Long kasim dan bukannya pendapat seorang expert atau profesional dalam bidang sejarah. Malahan si anai-anai sendiri bukan graduan dalam bidang sejarah. Jadi bagaimana beliau boleh mengaplikasikan metodologi penyelidikan sejarah dalam kajian beliau.

    Adakah anda percaya bahawa Australia adalah berasal daripada perkataan siam?? Aus Tra Lia Ohh tanah Luas!!..adalakah anda percaya Algeria juga bahassa siam. Apa kaitan orang Algeria yang duduknya beribu batu di bahagian barat Nusantara dengan orang siam. Beliau tidak dapat memberikan bukti kukuh langsung yang dapat mengesahkan bahawa Australia itu nama siam. Beliau hanya menamakan semua tempat yang dirasakan mempunyai sukukata yang sama bunyinya dengan bahasa siam sam-sam tanpa sebarang fakta yang menyokong!

    JIKA ADA KERAGUAN DARIPADA PEMBACA YANG MENGOMEN, LALU BELIAU TERUS MENGATAKAN BAHAWA IANYA ADALAH WASIAT TURUN TEMURUN DARIPADA KETURUNAN NAI LUANG KASIM DAN DATUKNYA YANG JUGA KETURUNAN NABI MUHAMMAD s.a.w, DAN LAGI WASIAT KETURUNANNYA ADALAH SESUCI WASIAT TERAKHIR NABI MUHAMMAD s.a.w DAN HARUS DIPERCAYAI!!.

    SAUDARA NAMPAK TAK YANG BELIAU CUBA MEMPERMAINKAN NAMA NABI MUHAMMAD DAN AGAMA ISLAM DISINI BAGI MENARIK KEPERCAYAAN PEMBACA TERUTAMANYA PEMBACA MELAYU! CARA INI ADALAH SAMA CARANYA DENGAN APA YANG DILAKUKAN OLEH THH!! IAITU DENGAN CUBA MEMBENARKAN PERKARA YANG BATIL ATAU PALSU DENGAN MENYEMBUNYIKANNYA DI SEBALIK KESUCIAN AJARAN AGAMA KONONNYA.DAN TERNYATA PERKARA INI AMAT BERKESAN! WALLAH HUA'LAM.

    BalasPadam