Isnin, 27 Jun 2011

CARUTAN BERTERUSAN LAGI

Inilah dia cik Megat al jefri @Tarmizi bersama pak ngahnya Nai Long Kasim.
Jika betul anak jantan mengapa nak di hitamkan separuh muka wahai cik megat?
 


Assalammualaikum kepada anda semua, hari ini adalah hari yang agak gembira bagi saya , mengapa? kerana jerat yang saya pasang telah mengena! ..:) saya telah dapat menjerat satu spesis Homo sapien sapien yang berkelakuan seperti homo erectus :DDDD ,Nah, anda pasti sudah baca artikel saya mengenai kekesalan yang saya luahkan atas artikel yang ditulis Megat al jefri atau Tarmizi dalam blognya Kedah cyber saibury. Artikel itu sebenarnya bertujuan untuk menjerat beliau menulis artikel balas atau komen dan hasilnya beliau telah memberi komen tetang artikel tersebut dalam ruangan ulasan blognya. 

 Saya sebenarnya baru tahu apabila membuka blog celoteh Cik seri, beliau ada menyatakan komen-komen huduh tentang saya, jadi saya pun terus ke blog cik megat dan memang saya dah jangka ayat putar belit dan muhong (bak kata cik seri) atau kelentong bak kata saya sangat menggelikan hati. Ditambah lagi dengan komen-komen kipas susah mati merangkap rakyat pacal yang hinanya Che wood dan seorang wanita bernama Sofea. Sungguh saya tak sangka begitu cepat jerat mengena. Seperti biasalah, cik megat akan memulakan ayatnya dengan muhong juga, siap kata ada kawan atau informer yang menelefonya bahawa saya telah menulis sebuah artikel yang mengutuk beliau. Wah! ini cukup hebat...cik megat siap ada spy mengintip saya ya..:) begitu hebatkah penangan artikel saya sehingga cik megat memasang spy untuk memerhatikan blog saya? kalau begitu terima kasih, i'll take that as a compliment. Atau cik Megat takut kalau kelentong terdedah?


Artikel yang saya tulis untuk cik megat sebelum ni sebenarnya untuk menegur sikap beliau dan rakyat pacal yang hinanya yang selalu menggunakan perkataan carut dan kotor. Tapi cik megat ni salah faham pulak (atau memang tak faham BM) dia mengatakan bahawa saya mengutuk dan memaki hamunnya dalam artikel tersebut. Meh sini cik megat..meh baca betul-betul tang mana dalam artikel saya tu yang saya maki dan kutuk hang. Saya tegog hang supaya jangan mencarut tetang kami. Hang jangan nak buat naya na, hang sengaja nak cari pasai ka? awat la hang ni putag' belit cik megat ooi...pi baca balik tang mana yg aku hina dan kutuk hang! Peh tu ada hati nak kata saya tak berbudi bahasa. Kan saya dah bagitau dalam artikel tu yang keturunan nabi kenalah tunjuk cara akhlak nabi bukan kaki pedo'oh dan mencarut barut.

Dia juga kata saya caci maki pembuat video klip tersebut habis-habis siap dengan huruf besar lagi ditulisnya, emo betul la cik megat ni...cuba kawal sikit emosi anda wahai cik megat...penulisan anda menggambarkan diri anda yang sebenar. Mana ada saya CACI MAKI DAN HINA video klip tu, yang saya kata video klip tersebut hanyalah gambar yang di copy paste dari internet dan di tokok tambah faktanya dan semuanya tidak benar. Adakah itu caci maki namanya cik megat? dan tang mana yang saya jadi batu apinya? dah memang fakta tak betui tak betui la cik megat oi.

Dan seperti biasa juga dia sudah tidak ada modal lain. Masih lagi mahu bermain dengan komen annonymus yang dikatakan saya buat sendiri seperti Cik sri yang dikatakan tok guru nenek kebayan. Sangat melucukan, you made my day cik megat...:) Sudahlah dengan fitnah dan pembohongan anda wahai cik megat Allah tahu, ( ini ayat yang cik megat gunakan untuk saya). Saya juga amat pelik mengapa cik megat ni suka sangat panggil saya dengan ungkapan-ungkapan yang jelik seperti pondan tani, lembut, dan sebagainya. Sekarang siapa yang fitnah siapa sebenarnya. Adakah dia pernah berjumpa dengan saya? adakah dia kenal dengan saya? pernah nampak ke saya main belakang lah pungggung lah apelah! sekarang SIAPA yang FITNAH SIAPA? Saya doakan semoga Allah membalas perbuatan beliau kerana saya dah makin fedup dengan ejek-mengejek macam budak kecil ni padahal dah berkahwin dah beranak tapi perangai macam budak-budak main ejek-ejek. Bila kami ajak berbahas dan berhujah dalam blog tentang teorinya, yang keluar hanyalah alasan dan makihamun bukannya ulasan ilmiah!


And one more thing, mak saya memang ada darah siam, tapi bukan siam monggol merong nai-nai tapi siam asli dari Sridharmaraja faham. Tak ade maknenya nak jadikan saya pembelot, nak hukum saya? meh la..meh bawak gajah mai hukum saya. Kami blogger-blogger pembongkar sejarah Melayu akan terus menentang anda dengan penulisan kami jika anda tidak berhenti memfitnah kami. Kami tak takut dihukum dengan geng merong dan gajah-gajah anda. Saya cabar anda! Saya nak lihat keluarga merong dapatkan takhta Yang dipertuan agong dalam masa terdekat ini jika benar anda dan geng merong anda betul-betul berdaulat.Kepada informer-informer cik megat ha..ape lagi, pi la talipon cik megat kata saya tulis artikel caci maki cik megat...:)  Dan kepada pembaca yang tak mau masuk blog cik megat untuk baca komen-komen huduhnya tentang saya sila baca di bawah , saya sudah lampirkan. Sekian Wallah hu a'lam



"tadi ana dapat panggilan telefon dari kawan2 britahu yg al pondan tani sembuh dah dan mengamuk kutuk ana. ana lama dah tak baca blog dia, tak minat sbb banyak sangat kata2 kotor d dlm ARTIKKELnya, maklumlah SI LEMBUT mengalahkan pompuan...bukankah dia sakit kena bala penyakit buasir sbb hina keturunan rasul s.a.w. tak serik2 lagi ka ...? dah la penulisan teruk, hidup2 salin musuh allah punya pastu mengaku kajian dia pulak...


BUDI BAHASA BUDAYA KITA, anta masih tak faham ka ? sudah lah wahai pondan tani, skrg teori nenek kebayan tok guru anta ttg jawaka dan mala d anggap oleh kerajaan hanyalah khayalan dan fantasi.kesian... pastu tengok video klip nai din kota, pondan tani dgn perasaan penuh hasad dengki FITNAH, CACI HAMUN DAN BATU API kutuk habis2an video klip tu. ajak org lain join dia. KONONNYA KAMI...sudahlah wahai alpondan tani, anta tu sorang saja sebenarnya dan skrg dok hasut org lain jadi huduh mulut mcm anta.insaflah.
jgnlah d hina che wood. dan jgn d maki hamun video klip nai din kota, dia susah payah buat bukannya penghargaan yg d berikan malah kata kelentonglah dan mcm2 fitnah anta berikan, nak bala lagi ka ?. perangai huduh yg anta mulakan dulu pun d nafi habis2an. skrg tak mengaku juga ka ? innalillahi waina ilaihi rajiun.


nak tinggikan melayu konon, tapi dlm senyap2 kata melayu ni lemah kalah dgn tamadun barat, dah tu senyap2 anta selitkan melayu ni hindu dan buddha macam keturunan anta .ingat kami tak tahu ka ?bela pulak org buat kebatilan. anta jgn tiru mcm depa buat ulasan palsu spt annymous, pastu pondan tani ni takut ana tau rancangan batu apinya... d tukar nama tanpa nama kpd nama PENYOKONG dan AKUADANAMALA, bila nak klikkan tak boleh...annymous atau tanpa nama la tu keh, keh. keh. jangan perbodohkan pembaca2 blog wahai alpondan tani, tak baik, allah taala tahu. org batil yg pondan ni sokong tu but ulasan sampai 100, nampak sangat menipu...buatlah 1000 kenapa 100 saja, keh, keh, keh.

tajuk alpondan tani pulak KIPAS SUSAH MATI TERLAMPAU, bahasa anta teruk la! kalah samy vellu, ntah2 al pondan tani tak lulus BM ka apa dlm SPM...lani ana nak nasihatkan anta p sekolah bahasa melayu . belajar nahu melayu BETUL2.
mengaku mak dia bangsa melayu suku siam, tapi dia sendiri pulak terhenggeh2 nak lawan pak ngah dan anai2 serta kerabat SIAM DIRAJA. apakah hukuman utk pembelot, batu api, hina melayu dan pembelit org mcm ni ? sesiapa boleh jawab ?

22 Jun 2011 1:11 AM



che wood berkata...

Askm Kutubul Alam Tuanku Megat,


La Pondan Wau 5 Tani , tak sangka ye nama saya disebut-sebut, terima kasih lah ya.Ni jika saya buat blog mesti terkenal ni, sebab semua orng nak kenal Che Wood, fewwet, tapi yang sebut nama saya bloger yang tak glamour macam pondan tani, nasiblah.
sebut cakap saya serang ? Seolah-olah dia dan Makcik Sri tu tak pernah buat dosa dan salah, malah lebih celupar dari Joyah.
Dia nak kenal saya ye, ok , ehem ehem saya sebenarnya ialah..........kenalkan diri awak dulu heh, heh. Yang ada cuma gambar enternet gambar jubah Yahudi mabuk bawak lampu mana Pondan Tani pinjam aje. Siapa awak heh heh, kek.Awak tu sebenarnya ingin menumpang populariti Tuanku Megat . Betul kan Tuanku Megat? Sebab tu komplen, dahulu komplen Anai-anai mengenai artikel China Wonh Feng Hong macam pandai sejarah. Betul kata Tuanku, Pondan Tani tulis artikel main salin orang punya aje.


Tapi yang pasti saya ni ialah DDD eh D pulak , D ni kod Mak Cik Sri dan Pondan tiru, untuk makluman Megat maksudnya Donkey ,Dungun dan Degil, saya ni penyokong tegar Ilmuan Tuanku Megat dan menyayangi baginda dan keluarganya.


22 Jun 2011 10:38 PM


sofea umudi berkata...

Askm Abe Megat,

Penyokong tegar abe megat ? Saya pun penyokong tegar abe Megat, tapi Che wood kenapa tak jawab soalan abe Megat mengenai apakah hukuman untuk rakyat Siam AlPondan Tani yang lawan Megat Siam diraja ni ?
Al Pandan Tani memang tiada mengena dengan raja , teringin nak jadi raja, buanglah jubah yahudi mabuk tu dulu , tunjuklah muko you yang betul barulah jantan.Baru kami boleh lantik jadi Raja, Raja Brooke atau Raja kra. Eh memang Al Senoi Pondan Tani bukan Jantan pun.Lupo sayo. Dahla mengaku ikhlas buat blog lagi ambo tak percaya, porah, kalau jujur janganlah maki hamun keluarga ahlulbait abe Megat, buat malu kompeni ajo.
Hati-hati abe Megat, dia puji artikel ada makna tu, dia bukan orang biasa tapi Mat Lembut, separuh Jantan. Penyakit buasir yang dia kena tupun senonim dengan benda yang di belakang tu,tu.

24 Jun 2011 8:58 AM





Ahad, 19 Jun 2011

KIPAS SUSAH MATI TERLAMPAU!


Ditujukan khas untuk pak megat dan kipas susah matinya :)


Salam kepada semua, hari ini saya buka blog pak megat star gate dan baca artikelnya tentang Munsyi Abdullah. Memang ada fakta-fakta yang di tulisnya yang benar tapi dalam diam-diam diselitkan juga fakta sejarah dengan kisah dongeng Khalifah siamnya…ish..ish..ish..:). Lepas itu saya baca bahagian komentarnya. Saya lihat balik-balik orang yang sama sahaja yang mengomen dan yang saya pelik ada seorang pengulas tu yang nama samarannya che wood sejak dahulu lagi selalu sahaja serang kami ( Srikandi, Saya dan Ibnu Rusydi) tak tahulah saya siapa orangnya. Entah-entah dia adalah megat sendiri kot, heh…tak baik menuduh kan :) kita sesame Islam tak boleh tuduh menuduh kalau takda bukti.


Tapi kan, cik megat ni senang-senang je dia menuduh bro Ibnu rusydi letak komen sendiri untuk mempopularkan blog…rasa nak tergelak saya. Buat apelah kami nak susah-susah buat demikian sebab kami memang ikhlas menulis untuk menyedarkan anak bangsa. Bukan kerja kami nak cari populariti, bukan kerja kami nak umumkan seluruh dunia bahawa kami anak raja lah, khalifah lah nai tu nai ni dan nak tuntut takhta Turki, India, Kedah, Malaysia dan seluruh dunia. ITU BUKAN KERJA KAMI… baik kami menulis dan terus menulis sesuatu YANG BENAR bagi membuka mata anak-anak melayu kita yang masih buta sejarah seperti si Che wood ni.


Dan untuk Cik Abang Megat..:) Bila masa pula saya kena BUASIR….tergelak sakan saya masa baca tulisan dia…hahaha. Memang jenis serkap jarang betul cik megat ni. Entah siapa yang buat Video tu, tapi apa yang saya tahu Video tu bukan menunjukkan pengembaraan si Megat ni tapi ia menunjukkan gambar-gambar yang diciplak pak megat  dari internet dan diubah faktanya. Banyak dari gambar-gambar tersebut yang saya sangat kenal dan tahu dimana tempat ia berada. Masakan pintu gerbang Kota Kuala Kedah yang diperbaiki semula dikatakan pintu gerbang kota ligor, malahan foto istana lama dari Pattani dan Kelantan dikatakan Istana Ligor juga. Tak habis-habis nak kelentong orang. Kalau nak kelentong pun kreatif lah sikit cik megat oi, ini sedut dari internet lepas itu paste dan labelkan ikut suka hati.

Apa-apa pun kepada pak megat, sudah sudahlah dengan tuduhan kami tulis komen dalam blog sendiri dan sudah sudahlah mengutuk kami dengan binatang-binatang macam berok ke babi ke ular ke. Sebagai orang Islam awak tak malu ke mengaku keturunan nabi tapi mencarut barut keluar dari mulut. Setahu saya nabi tak pernah mencarut. Bak kata orang buat baik dibalas baik buat jahat dibalas berkali-kali ganda jahat. Anda kutuk dan carutkan kami dengan benda-benda kotor, saya PASTI anda akan mendapat balasannya berkali-kali ganda juga..oh sebelum terlupa…SAYA TIDAK ada BUASIR :DDDDD.Saya sihat walafiat dan dengan izin Allah saya dapat menulis artikel ini. Sekian